SYAHID SETELAH
MENGUCAPKAN SYAHADAH
Suatu ketika
tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap
di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki
yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya
ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama
Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya
ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam.
Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah
menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya
menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku
kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya
Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana
keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing
sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang
benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia
segera menemui Rasulullah s.a.w. ,
menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan
perang di bawah pimpinan Rasulullah
s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat
gembira, tambah pula rela akan maju bersama
Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh
ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan
kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai
mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar
memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh
mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya
dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?"
Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih
musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada
orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku
sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan
Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku
dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke
hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid.
Waktu hal ini diketahui Rasulullah
s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada
dalam syurga nantinya." Dan kaum
Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar
dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui
hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum
Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang
dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya."
Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah
aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang
yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan
lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam.
Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam
sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w..
Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya
tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid.
Mati membela agama Allah s.w.t. di medan
perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang
seperti Amar ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar