Sebuah kisah seorang Nabi dan Rosul yang patut kita
tiru keagungan akhlaknya Kisah Nabi Ismail a.s.
Add caption |
“Pertama-tama yang menggunakan setagi
{setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk menyembunyikan kandungannya
dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum
juga hamil. Tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang
disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorang
isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai
seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti
Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar kerana
merasa sangat gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini
yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s.
sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta
pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di
lain tempat.”
Untuk sesuatu hikmah yang belum diketahui dan
disadari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kepadanya agar keinginan dan
permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar
ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di mana Ismail
puteranya bersama ibunya akan ditempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan.
Maka dengan tawakkal kepada Allah berangkatlah
Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang diboncengkan di
atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia hanya berserah diri kepada
Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya. Dan berjalanlah
unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya
keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari
dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan
debu-debu pasir.
Ismail
dan ibunya Hajar ditinggalkan di Makkah
Setelah berminggu-minggu berada dalam
perjalanan jauh yang memenatkan, tibalah pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama
Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabah didirikan dan menjadi
kiblat manusia dari seluruh dunia. Di tempat di mana Masjidil Haram sekarang
berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan di situlah
ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang
bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan,
tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering. Alangkah
sedih dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorang diri
bersama dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari
segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis,
memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia
ditinggalkan seorang diri di tempat yang kosong itu, tiada seorang manusia,
tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir,
sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yang kecil yang masih
menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak
meninggalkannya seorang diri di tempat itu bersama puteranya yang sangat
disayangi akan tetapi ia sedar bahwa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak
Allah s.w.t. yang tentu mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan
ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dalam tempat
pengasingan itu dan segala kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kepada Hajar:
“Bertawakkallah kepada Allah yang telah
menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah
yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan
menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan
wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri
bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah
Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat
dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah.”
Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah
Hajar melepaskan genggamannya pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau
menunggang untanya kembali ke Palestin dengan iringan air mata yang bercurahan
membasahi tubuh Ismail yang sedang menetak. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat
menahan air matanya keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah
menuju kembali ke Palestin di mana isterinya Sarah dengan puteranya yang kedua
Ishak sedang menanti. Ia tidak henti-henti selama dalam perjalanan kembali
memohon kepada Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki
bagi putera dan ibunya yang ditinggalkan di tempat terasing itu. Ia berkata
dalam doanya:” Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak
keturunannya di dekat rumah-Mu (Baitullahil Haram) di lembah yang sunyi dari
tanaman dan manusia agar mereka mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu.
Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka
rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.”
Mata
air Zamzam
Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan
puteranya di tempat yang terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yang
telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya dengan kesabaran dan keyakinan penuh
akan perlindungan-Nya. Bekalan makanan dan minuman yang dibawanya dalam
perjalanan pada akhirnya habis dimakan selama beberapa hari sepeninggalan Nabi
Ibrahim. Maka mulailah terasa oleh Hajar beratnya beban hidup yang harus
ditanggungnya sendiri tanpa bantuan suaminya. Ia masih harus meneteki anaknya,
namun air teteknya makin lama makin mengering disebabkan kekurangan makan. Anak
yang tidak dapat minuman yang memuaskan dari tetek ibunya mulai menjadi cerewet
dan tidak henti-hentinya menangis. Ibunya menjadi panik, bingung dan cemas
mendengar tangisan anaknya yang sgt menyayat hati itu. Ia menoleh ke kanan dan
ke kiri serta lari ke sana ke sini mencari sesuap makanan atau seteguk air yang
dapat meringankan kelaparannya dan meredakan tangisan anaknya, namun sia-sialah
usahanya. Ia pergi berlari harwalah menuju bukit Shafa kalau-kalau ia boleh
mendapatkan sesuatu yang dapat menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yang
didapatnya disitu, kemudian dari bukit Shafa ia melihat bayangan air yang
mengalir di atas bukit Marwah dan larilah ia berharwahlah ke tempat itu namun
ternyata bahawa yang disangkanya air adalha fatamorangana {bayangan} belaka dan
kembalilah ke bukit Shafa karena mendengar seakan-akan ada suara yang
memanggilnya tetapi gagal dan melesetlah dugaannya. Demikianlah maka kerana
dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yang sangat disayangi, Hajar
mundar-mundir berlari sampai tujuh kali antara bukit Shafa dan Marwah yang pada
akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa.
Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam
keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan
pertolongan-Nya datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya: “Siapakah
sebenarnya engkau ini?” “Aku adalah hamba sahaya Ibrahim”, jawab Hajar. “Kepada
siapa engkau dititipkan di sini?” tanya Jibril. “Hanya kepada Allah”,jawab
Hajar. Lalu berkata Jibril: “Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada
Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi
keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu
kepada-Nya.”
Kemudian diajaklah Hajar mengikutinya pergi ke
suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah
dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa
Allah. Itulah dia mata air Zamzam yang sehingga kini dianggap keramat oleh
jemaah haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air
daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang “Injakan Jibril”.
Alangkah gembiranya dan lega dada Hajar
melihat air yang mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dengan air
keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian
pula wajah si ibu yang merasa sangat bahagia dengan datangnya mukjizat dari
sisi Tuhan yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan kepada puteranya
sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yang mencekam dada.
Mancurnya air Zamzam telah menarik
burung-burung berterbangan mengelilingi daerah itu menarik pula perhatian
sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di
sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahawa di mana ada terlihat
burung di udara, nescaya dibawanya terdapat air, maka diutuslah oleh mereka
beberapa orang untuk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu pergi
mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita
gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama
puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke
tempat sekitar Zamzam, di mana kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh
Hajar kerana adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran
yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di
dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.
Hajar bersyukur kepada Allah yang dengan
rahmatnya telah membuka hati orang-orang itu cenderung datang meramaikan dan
memecahkan kesunyian lembah di mana ia ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.
Ismail
Bantu Bapa Bina Kaabah
Nabi Ismail dibesarkan di Makkah (pekarangan
Kaabah). Apabila dewasa beliau berkahwin dengan wanita daripada puak Jurhum.
Walaupun tinggal di Makkah, Ismail sering dikunjungi bapanya.
Pada satu ketika, bapanya menerima wahyu
daripada Allah supaya membina Kaabah. Perkara itu disampaikan kepada anaknya.
Ismail berkata: “Kerjakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu kepadamu dan aku
akan membantumu dalam pekerjaan mulia itu.”Ketika membina Kaabah, Nabi Ibrahim
berkata kepada Ismail: “Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di
satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia.”Kemudian Jibril memberi
ilham kepada Ismail supaya mencari batu hitam untuk diserahkan kepada Nabi
Ibrahim.Setiap kali bangun, mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, terimalah
daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.”Bangunan (Kaabah) itu menjadi tinggi dan Ibrahim makin lemah untuk
mengangkat batu. Dia berdiri di satu sudut, kini dikenali Makam Ibrahim.
Nabi Ibrahim sering berulang-alik mengunjungi
anaknya. Pada satu hari, beliau tiba di Makkah dan mengunjungi rumah
anaknya.Bagaimanapun, Ismail tiada di rumah ketika itu melainkan isterinya. Isteri
Ismail tidak mengenali orang tua itu adalah bapa Ismail.Apabila Nabi Ibrahim
bertanya isteri Nabi Ismail mengenai suaminya itu, beliau diberitahu anaknya
keluar berburu. Seterusnya Nabi Ibrahim bertanya keadaan mereka berdua.
Isterinya berkata: “Kami berada dalam kesempitan.”Nabi Ibrahim berkata: “Apakah
kamu mempunyai jamuan, makanan dan minuman?“ Dijawab isteri Ismail: “Aku tidak
mempunyainya, malah apa pun tiada.”Kelakukan isteri Nabi Ismail itu tidak manis
dipandang Nabi Ibrahim kerana kelihatan tidak reda dengan pemberian Allah dan
jemu untuk hidup bersama suaminya. Malah, dia kelihatan bersifat kedekut kerana
tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu.Akhirnya Nabi Ibrahim berkata kepada
isteri anaknya: “Jika suamimu kembali, sampaikanlah salamku kepadanya dan
katakan kepadanya supaya dia menggantikan pintunya.”
Selepas itu Nabi Ibrahim beredar dari situ.
Sejurus kemudian, Nabi Ismail pulang ke rumah dengan hati gembira kerana dia
menganggap tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaannya di
rumah. Nabi Ismail bertanya isterinya: “Apakah ada orang datang menemui
kamu?“Isterinya berkata: “Ya, ada orang tua kunjungi kita.” Ismail berkata:
“Apakah dia mewasiatkan sesuatu kepadamu?“ Isterinya berkata: “Ya, dia
menyuruhku menyampaikan salam kepadamu dan memintaku mengatakan kepadamu supaya
menggantikan pintumu.”Ismail berkata: “Dia adalah bapaku. Sesungguhnya dia
menyuruhku supaya menceraikanmu, maka kembalilah kepada keluargamu.”Selepas
menceraikan isterinya, Nabi Ismail berkahwin lain, kali ini dengan seorang lagi
wanita daripada kaum Jurhum. Isteri baru itu mendapat keredaan bapanya kerana
pandai menghormati tetamu, tidak menceritakan perkara yang menjatuhkan maruah
suami dan bersyukur dengan nikmat Allah. Ismail hidup bersama isteri barunya itu
hingga melahirkan beberapa anak.
Nabi Ismail mempunyai 12 anak lelaki dan
seorang anak perempuan yang dikahwinkan dengan anak saudaranya, iaitu Al-’Ish
bin Ishak. Daripada keturunan Nabi Ismail lahir Nabi Muhammad s.a.w. Keturunan
Nabi Ismail juga mewujudkan bangsa Arab Musta’ribah.
Nabi
Ismail sebagai Qurban
Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke
Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi
menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta
menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya
bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat
kota dan pengaulan umum.
Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya
Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya.
Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah,
maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi
Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia
hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan
tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia
di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang
diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya,
tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah
sendiri.
Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah
dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para
pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan
menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta
benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan
melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah
itu.
Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh
Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Allah lebih
mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya”. Nabi Ibrahim
tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail
puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.
Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan
menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.
Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang
sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh
ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang
berkata kepada ayahnya:
“Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah
diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai
seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam
melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku
tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan
pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya
pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan
percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan
rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku
berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan
dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”
Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium
pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: “Bahagialah aku mempunyai seorang
putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan
dirinya untuk melaksanakan perintah Allah”.
Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba.
Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu
diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya,
kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah
puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati
beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak
dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan
memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan
di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu
ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi
sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.
Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat
dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu
ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat
mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat
berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan
perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan
Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya
kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk
dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut
memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:” Wahai ayahku! Rupa-rupanya
engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah
telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. “Akan tetapi
parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging
Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari
belakang.
Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana
gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu
Allah dengan firmannya: “Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan
mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan”.
Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah
memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor Qibas yang telah tersedia di
sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang
tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah
berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di
seluruh pelosok dunia.
Demuikian kisah Nabi Ismai’il yang di kutip
dari artikel WIKIPEDIA…Semoga bermanfaat…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar