Golongan
yang masuk Syurga
Sebuah hadis diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa Baginda S.A.W.
bersabda: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan (ihda wa
sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang
tujuh puluhnya dalam neraka.
Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi 72
golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan
dalam syurga.
Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan
kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada 73 golongan, satu
golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka'
Baginda ditanya: Siapakah
mereka (yang masuk syurga) itu?".
Jawab Baginda "Al-Jama'ah".
Jawab Baginda "Al-Jama'ah".
Termasuk ke dalam golongan yang selamat ini ialah
jumhur ummat Islam dan golongan terbanyaknya (al-sawad al-a'zam) yang terdiri
daripada para pengikut Imam-imam Malik, Shafie, Abu Hanifah Auza'i, Thauri dan
Daud Zahiri.
Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa
yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang
terdiri daripada tujuh golongan.
Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja'Ali dan keluarganya; mereka
sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman. Mereka
ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan.
Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina 'Ali
r.a. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka,
orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir. Mereka ini kemudiannya
berpecah menjadi dua puluh golongan.
Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai
sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas
merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan bahawa
orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka;
mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi S.A.W. adalah dengan roh sahaja.
Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan.
Keempatnya ialah kaum Murji'ah (seperti paham kristen) yang mempunyai pegangan bahawa
sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudarat bila ia sudah
beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang
bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya
berpecah kepada lima golongan.
Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang
mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan
tidak mempunyai sifat-sifat. Mereka berpecah kepada tiga aliran.
Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang
mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar
manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja.
Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan
mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada
tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan turun tangga dan
sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja. Dengan itu maka jumlah
mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan.
Golongan yang selamat ialah golongan yang satu saja yaitu golongan
Ahli' Sunnah wal-Jama'ah.
Sebagai reaksi daripada apa yang timbul itu yang
membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka timbullah golongan
Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam
Usulu'd-din iaitu Syaikh Abu'l Hasan
al-Ash'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu
'anhu. Dari segi 'aqidah seseorang itu boleh dipanggil Sunni sahaja, yang
menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli's-Sunnah;
ataupun ia boleh dipanggilkan Asy'ari atau Asya'irah?
Lihatlah golongan ke-7..
apa pendapat saudara....??? Pintu taubat masih terbuka. Jgn saudara termasuk
dlm golongan ke-7 di atas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar